Friday, March 25, 2011

Tak ada salahnya Bible diterjemahkan ke Bahasa Melayu

Ada orang bising bila Bible diterjemahkan ke Bahasa Melayu.. Berdegar-degar mereka ingin membangkang perkara tersebut. Bila kita kata taka da salahnya, kita pula akan dilabel sebagai pro-murtad.. Bahkan ada yang gesa supaya kalimah-kalimah yang digunakan oleh orang Islam seperti al-Kitab dan malaikat tidak boleh digunakan oleh Kristian.. Kalimah Allah pun mereka desak supaya tak boleh digunakan oleh orang Kristian..

Huh.. susah tu.. dalam Bible ada sebut tentang Malaikat Jibril.. adakah akan ditukar ke Pari-pari Jibril? Macam-macam..

Bila saya belek al-Quran, Allah turut menyatakan bahawa Yahudi dan Kristian telahpun menggunakan kalimah Allah. Lihat contohnya firman Allah:

ﭿ البقرة: ٧٩

المائدة: ١٨

التوبة: ٣٠


Ayat-ayat ini jelas menunjukkan penggunaan nama Allah di sisi masyarakat Yahudi dan Kristian semenjak pada zaman Nabi lagi..

Walaupun kita bersetuju Bible boleh diterjemahkan dalam bahasa Melayu, ini tidaklah bermakna kita bersetuju penyebaran Kristian dalam masyarakat Islam..

8 comments:

Qawiem Khairi said...

subhanallah.
atas artikel yg penuh info,
terima kasih. (",)

Kelantan Insider said...

dalam buat keputusan kena merujuk keadaan semasa..kristian menjadikan asia tenggara sebagai sasaran mencari umat baru...
satu persoalan kenapa kini baru mereka bersunguguh ingin guna nama tersebut..
kalau mereka jujur ingin guna nama tersebut kenapa dalam rukun negara percaya kepada allah mereka x desak tukar.. saya tau ystaz belajar di alazhar tetapi anta seharusnya lihat dalam konteks malaysia...jangan bandingkan arab kristian ngan kristian malaysia..

AisNy said...

Memang laa tak salah... Perlu di ingat kitab injil yang ada melambak tu kebanyakkannya dah diseleweng... and kat dalam tu nanti ada tulis Nabi Isa tu anak tuhan...

So, bila dah terjemah ke dalam bahasa Malaysia, then anak2 kita pulak baca... macam mana yer.. memang laa kita boleh didik... selama nie pun kita dah didik... siap hantar anak masuk TASKA dari umur 6 tahun lagi...

So, renung-renungkan...

Hj Azwan Affendy Ahmad Zahidi said...

Kalau boleh jangan sebut Bible sebagai Injil. Bible tak sama dengan Injil yang diutuskan kepada Nabi Isa AS. Ustaz Hairul Nizam pun tak sebut Injil, dia sebut Bible.

Mael Hashim said...

"Walaupun kita bersetuju Bible boleh diterjemahkan dalam bahasa Melayu, ini tidaklah bermakna kita bersetuju penyebaran Kristian dalam masyarakat Islam.."

Anda sedang membuka pintu-pintunya ...

hairil said...

kalau kalian nak risau bible alih ke bahasa melayu satu masalah besar...atau membuka ruang pintu kristianisasi...

adalah lebih baik kalian risau msyarakat islam kini yg makin kurg faham agama kesan dari kelemahan sistem pendidikan agama dan alihan pandangan mengagungkan barat melalui hiburan.

sebelum jawab soal kesan bible translate bhsa melayu...

jawab dulu kesan dakwah quran translate melayu hingga kini seberapa kesan ia memberi kefahaman dan dorongan kepada muslim dan non-muslim msia ke arah islam.

Tok Otaku said...

Biarkanlah mereka (puak UMNO jugak) yang menyokong supaya Bible diterjemahkan kedalam Bahasa Malaysia. Tak lama dulu, sangat tidak lama, ada kumpulan melayu yang mengaku dan mengisytiharkan "Islam milik orang Melayu." Daripada Al Qur'an dan Hadis apa yang digunapakainya lalu membenarkan kenyataan tersebut? Saya takkan sebut nama kumpulan itu disini, tapi cuba semak balik dalam arkib suratkhabar pro-kerajaan golongan ini. Saya tak takut dakwah kristian yang sedari awal lagi amat lemah kandungannya. Tapi saya paling takut lagi benci adalah terhadap golongan keturunan agama ini yang tanpa Al Qur'an, Hadis mahupun Bible sekalipun, boleh menyesatkan seluruh masyarakat Islam dalam negara ini dengan berbuat syirik terhadap Allah. Yakni dengan mengangkat dari kalangan manusia sejak beratus tahun sudah, lebih mulia daripada Dia dan Rasul-Nya.

Muslimah_93 said...

Sebenarnya, apabila Bible diterjemahkan ke b. Melayu...InsyaAllah, orang Melayu akan lebih faham bahawa Bible yang diselewengkan tu ditulis oleh manusia, bukannya datang daripada Allah...tapi sayaratnya, kenalah kaji betul2 Bible tu...bukan main ambil je ayat yang nak dibaca...
kerana isi Bible sendiri terlampau banyak percanggahan..ayat bahagian ni cakap lain, ayat ni cakap lain..