Wednesday, June 15, 2011

Perkara-Perkara Yang Terlintas Di Benak Saya Yang Berhubung Kait Dengan Gerhana Bulan:









1) Kerajaan sebaiknya memberikan cuti umum sempena gerhana matahari atau bulan agar solat sunat gerhana dapat dibuat dengan begitu sempurna (start solat apabila bermula gerhana dan selesai solat dan khutbah apabila tamat gerhana) tanpa perlu diganggu dengan pekerjaan.

2) Apabila matahari, bulan dan bumi taat kepada aturan Allah, maka terhasillah fenomena gerhana. Maka apabila manusia tunduk kepada ketetapan Allah, mereka akan selamat dan terus berada di atas landasan yang diredhai oleh Allah. Kalau manusia melawan arahan Allah macam yang UMNO buat, maka akan rosak binasalah kehidupan kemanusiaan di dunia apatah lagi di akhirat

3) Gerhana bulan memperlihatkan peristiwa-peristiwa berikut; bulan tidak muncul pada siang hari, muncul pada waktu malam, mula malap dan akhirnya terus hilang daripada pandangan kemudian muncul semula. Fasa-fasa ini begitu mirip dengan kehidupan manusia; pada asalnya tidak wujud, kemudian diwujudkan oleh Allah, akhirnya mula lemah dan akhirnya mati, kemudian dimunculkan semula di Akhirat nanti untuk mendapat rahmat dan keadilan daripada Allah.

4) Kalaulah bulan yang begitu besar dapat dilenyapkan oleh Allah, maka adakah menjadi terlalu sukar untuk Allah menghancurkan manusia dan kerajaan yang menyeleweng daripada arahan dan perintahNya?

Semoga BULAN yang gerhana dan akhirnya muncul semula akan terus indah dan terus bercahaya kepada para mukmin yang cinta dan rindu untuk menghambakan diri kepada tuhannya dan terlalu rindu untuk menjadikan pemerintahan adalah makmum kepada Allah dan RasulNya. Saya akan terus menjadi pungguk yang merindui BULAN dalam pilihanraya akan datang. Insyaallah..

3 comments:

Unknown said...

subahnallah!hebat analogi dia ust. mengingatkan dri yg lemah..BERSIH!

muhammad faizzuddin said...

amat menyetujui pandangan saudara.. teruskan menyumbang dan berkarya...

Tok Otaku said...

Jangan putuskan amalanmu dalam menyebarkan Islam yang luas rahmatnya ini, sesungguhnya akan ada ramai yang mahu berdiri disisi dan dibelakang kamu memperjuangkan agama Allah. Sudah tiba masanya ummat Islam yang benar-benar cintakan Allah dan Rasul-Nya diseru berjuang dan melawan tentangan-tentangan keturunan Islam yang tidak mahu Islam dijadikan perundangan dan asas kehidupan semua. Dan mereka ini pula cuba menjadikan yang bukan Islam sebagai sebab dan punca perpecahan orang-orang Islam, sedang sebenarnya dari kalangan mereka sendiri yang hendak menjatuhkannya. Insya-Allah, mari kita memperbanyakkan zikir sebagaimana yang diucapkan oleh bapa agama kita yakni Ibrahim a.s.; "hasbunallahu wani'mal waqil, laa hau la wa laa quwwata illa billahi 'aliyyil adzim."

Wallahu'alamu bissawab. Setiap kesalahan yang ada, dari saya. Yang baik itu dari Dia jua.