Tuesday, April 14, 2009

Dana Syaqah PMRAM - Satu Kepala LE 300.00 ??

Saya telah mencadangkan dalam Muktamar Sanawi PMRAM baru-baru ini untuk diterima satu usul bahawa setiap ahli PMRAM menyumbang sebanyak LE 300.00 perkepala. Macam-macam pandangan yang dilontarkan dalam perbahasan usul ini. Akhirnya usul ini diterima oleh sidang muktamar secara majoriti.

Saya mendengar pelbagai respon ahli PMRAM selepas muktamar. "Mana nak cari duit sebanyak 300 geneh?". "Mahal 300 geneh tu". "Inilah PMRAM. Hanya tahu untuk menyusahkan dan membebankan ahli".

Respon-respon di atas adalah antara suara-suara ahli terhadap isu ini. Saya memohon keampunan daripada Allah dan menyusun 10 jari kepada para ahli PMRAM sekiranya cadangan saya adalah menyusahkan dan membebankan. Walau macam mana sekalipun, usul tersebut telahpun diterima oleh sidang muktamar dan mesti disambut oleh para ahli PMRAM yang dihormati.

Saya boleh digolongkan di kalangan manusia yang tidak berduit. Tidak berzakat, dan tidak mendapat mana-mana tajaan. Namun saya tetap merasakan bahawa saya mampu dalam kemiskinan saya untuk berusaha mendapatkan 300 geneh dari poket kosong saya untuk saya hadiahkan kepada PMRAM. Kita mudah untuk berbelanja besar sekiranya kita merasa kenyangnya. Namun kenapa kita terlalu migrin bila diminta untuk mengeluarkan sumbangan 300 geneh kepada dana apartmen PMRAM.

Para sahabat PMRAM yang dikasihi. PMRAM telah cuba untuk berdikari dalam mencari sumbangan dan projek perniagaan. Saya pasti PMRAM akan terus dengan usaha-usaha tersebut sekalipun usul LE 300 telahpun diterima secara majoriti. Para teman. Marilah kita berusaha untuk menjayakan misi ini. Walaupun ianya adalah berat, namun saya merasakan itulah erti pengorbanan buat persekutuan yang telah lama menabur bakti buat masyarakat Melayu di Lembah Nil ini.

Kalaulah cita-cita saya berhasil iaitu 3000 orang ahli berjaya menginfaq sebanyak 300 geneh, kita bakal menerima sejumlah LE 900 ribu yang sudah terlalu molek untuk pembelian pejabat PMRAM. Kalaulah yang menyumbang adalah lebih daripada 3000 ahli, alangkah berbahagianya.

Saya bukan orang berduit. Kadang-kadang terpaksa berhutang untuk hidup berkelana dalam permusafiran ilmu ini. Namun saya akan tetap berusaha untuk menyumbangkan LE 300 bahkan lebih buat PMRAM agar saya akan tidur lena dalam dakapan barzah kelak.

Ya Rabb. Taqabbal.

1 comment:

Anonymous said...

Setiap pelajar dapat zakat, bila dapat zakat, bertukar jenis henset..

Kenapa tidak disumbangkan hanya 300LE ke dana PMRAM? Bahkan saban tahun dikurnia zakat.

LE 300 tidak boleh dibandingkan walau secebis dengan bakti PMRAM yg bagai gunung-ganang dan lautan.

BAgaimana yang dikatakan pejuang, zaman nabi Muahmmad, Sayyidina Abu Bakar, Uthman.. diberi separuh dari harta mereka..

Inilah impak pabila Sirah Nabawi tidak dihayati!

Hanya laungan semangat! Namun kesedaran yang sebenar langsung tiada!