Tuesday, April 14, 2009

Jemaah-jemaah Islam Yang Pelbagai

Lama tidak menulis. Selepas kemenangan Pakatan Rakyat dalam pilihanraya kecil baru-baru ini, saya terpanggil untuk menulis sekadar membuka minda pembaca berkenaan dengan satu isu lama tetapi terus wujud dalam dunia dakwah Islam hari ini iaitu kepelbagaian jemaah-jemaah Islam di Malaysia atau dengan gaya bahasa yang lain; Ta`addud al-Jama`ah.

Persoalan yang saya ingin lontarkan di kanvas maya ini adalah "Mengapa perlu ada pelbagai kumpulan-kumpulan Islam di Malaysia selepas wujudnya Parti Islam SeMalaysia (PAS) di Malaysia?".

JIM, ALAMI, ABIM, ISMA dan macam-macam lagi kumpulan-kumpulan Islam di Malaysia adalah nama-nama yang sering meniti di bibir-bibir aktivis dakwah dalam membincangkan kewajaran jemaah-jemaah ini selepas wujudnya PAS di Malaysia.

Saya sering terfikir mengapa perlu wujud pelbagai jemaah Islam di Malaysia sedangkan seakan-akan misi dan hadaf dakwah setiap kumpulan ini adalah apa yang diperjuangkan oleh PAS itu sendiri. Masing-masing bersetuju (saya tidak tahu kalau ada yang tidak bersetuju) bahawa menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang menjadikan Islam sebagai dasar dan pegangan berkerajaan adalah satu perkara yang wajib.

Sering disebut bahawa PAS hanya mementingkan politik dan tidak mengutamakan tarbiah. Lalu JIM, ALAMI, ISMA dan sebagainya mula menyatakan bahawa mereka mementingkan tarbiah. Kalaulah benar PAS kekurangan tarbiah atau tidak mementingkan tarbiah, maka mengapa jemaah-jemaah ini tidak bertemu Lajnah Tarbiah PAS Pusat lalu menawarkan KEHEBATAN tarbiah mereka untuk disalurkan dan disebarkan kepada rakyat Malaysia yang tidak ada tarbiah.

Kadang-kadang saya merasakan kewujudan golongan-golongan bertarbiah ini hanya melambatkan kemenangan Islam. Mahunya tidak. Kekurangan tenaga di dalam PAS sudahlah tidak diisi . Tenaga tarbiah yang ada pula disalurkan kepada kewujudan jemaah-jemaah ini yang mengkritik PAS dengan alasan bahawa PAS bukan parti tarbiah.

Ada orang buat rumah. Ramai yang tolong untuk siapkan rumah tersebut. Tiba-tiba ada kekurangan. Tak ada yang pandai nak buat tingkap yang sempurna. Ada yang katanya dia pandai nak buat. Tiba-tiba orang yang dikatakan pandai ini tak nak tolong buatkan tingkap. Dia pula cari kawan-kawannya yang lain buat rumah baru. Kenapalah si pandai buat tingkap ini tak sempurnakan dan bantu untuk cantikkan rumah yang pertama?

Satu persoalan.

6 comments:

hubbullah said...

slm..ana nak kongsi disini yg jemaah2 laen yg ust nytakn tu merupakn jamaah min jamaatil islamiyah..skrg ni kte maseh blom ade khilafah islamiyah yg mewajibkn kite taat kpd seorg khalifah.. yg penting skrg kte sume sedang berkerje utk islam ikut cara dan dan method yg berbeza..x sume org jiwa die sesuai dgn cara berdakwah sesuatu jemaah tp yg penting sume ade 1 matlamt yg same utk wujudkn kembali khilafah islamiyh yg tlh hilg...lgpun ahli jemaah yg laen tu sume iA MENYOKONG PAS di msia.. harap bole lapangkn hati dan dada utk kite same2 tlg menolg dlm hal kebaikn demi ALLAH n Islam tu sendiri spt yg termaktub dlm aq(almaidah:2),lg satu knape ust rse tarbiyah jemaah laen melambatkn kemenangn islam..ana rase ust pu n tau yg rasulullah juge memulakn dakwah dgn tarbiyah dan usrah utk membentuk individu muslim yg kuat..Mungkinke ade kesilapn pada cara RASULULLH berdakwah? soaln sye buat ust.mane mungkin wujudnye daulah islamiyah di msia tanpa bermula wujudnye individu muslm yg kukuh then baitul muslim then mujtama' muslim yg baik harap ust fikir2kn la demi kebaikn islam bersama...Demi keyakinan kpd ALLAH yg ust pegang selama ni, harap dpt membuka hati ust agr ISLAM dpt bersatu utk menghancurkn musuh ALLAH yahudi dan nasara yg sepatutnye kite tentang...wslm

dr pencinta Maha Pencipta said...

salam wbt
soalan eh (esp to hubbullah), camne nk wujud khilafah islamiyah kalo kte x bersatu?pastu nape org2 yg taat setia pd jemaah2 lain d mesir ni, bile balek msia nant nk sokong PAS pulak???wut is dat~?sedangkan jemaah2 tu ad je kat msia.oO.plik btol.nape x tros memberikan taat setia??ad pape yg kurangkah dlm jemaah anda??(lets say, politics??)so,nant kat msia sat join prog PAS,sat join prog jemaah laen kah?atau jemaah laen tu akan ditinggalkan cm2 je?pastu bile dtg mesir lg, join jemaah laen tu balek eh??ye.."bijak2".sila kaji semula konsep taat setia pada persatuan k.plus, kalo anda berpegang pd "stiap jemaah ad method tersendiri", nape x salurkan method anda pd kepimpinan tertinggi?iA kalo boleh, akan di apply..tp mst ingat stiap benda yg kte nk buat, kte hendaklah memikirkan kemaslahatan bersama.pastu kalo cdgn anda dtolak, pasti ad hujahnye,jgn la merajuk, g wat persatuan len plak..btol x???anda msti ingat, skang angka jemaah2 laen x lebih 10 lg, tp camne kalo sume menggunakan alasan "method tersendiri" ni, dan wat jemaah laen, sampai beratus2 jemaah yg ad, apekah yg akan terjadi kelak??yela, method ni byk boleh ad,btol x.lg pulak skang ni daya fikir manusia x terbatas kan??fikir2 kanla.tentang konsep "bermula dgn individu yang kukuh", dlm pentarbiyahan utk membentuk individu yg kukuh itu sendiri, setiap aspek ISLAM hendaklah diterapkan.jd, eventhough kte nk mule dr individu, kte mesti memperjuangkan pembentukan ngr Islam.btol x??contohnye PAS kat msia, kalo x masuk kancah politik, sape yg nk menegakkan Islam d msia?WAJIB hukumnye utk kte menegakkan ISLAM d msia kan?.dlm mase yg same, PAS x pernah tgalkan pentarbiyahan ye.sila sertai PAS, join all the programs provided, dan muhasabah diri balek k.furthermore, PAS berjuang menegakkan ngr Islam, anda jemaah laen bersenang-lenang menjalankan pentarbiyahan dan mengatekan PAS xde tarbiyah.cum on la.carenye, anda menjalankan pentarbiyahan bwh PAS, bukan tarik org kua PAS atas name tarbiyah, masuk persatuan anda.pk la.care mane yg akan lebih menguatkan ISLAM?tula masalah skang ni, org sangke PAS cume politik.nape jd cm2??sbab PAS mantap dlm politik (Alhamdulillah).tu pasal org igt die politik je.tp tdak ye yang arif.PAS merangkumi semua sehingga akar umbi.tolongla..hentikan perpecahan ini.jgn sangke diri itu lebih baek dr yg laen, dan mengambil langkah mementingkan diri..

series ye hubbullah, perpecahan yg berlaku dlm kalangan pelajar medic d mesir ni sendiri menjadi bukti betapa salahnye prinsip yang anda perjuangkan...antara kami kwn2 , walaupun kami menerima dgn hati terbuka bahawa setiap kami ade pegangan sendiri dan tafaddhal dlm menyertai mane2 jemaah, tapi perpecahan, kejauhan hati,jurang antara kami amat dirasakan.walau senyuman terukir d bibir, hati sayu mengenangkan,knape ye kte x bersatu??nah! inilah penangan pelbagai jemaah yg anda inginkan.

salam glory2 muslimin united

Bohemian Virtuoso. said...

Bukanke ustaz da jumpe ustaz2 Isma tahun lepas time Kadir kt Hospital lpas eksiden moto?

Jgn mcm ni ustaz.
Bagilah pandangan yg ilmiah berpandukan dalil dan fakta.

Ustaz kan nak jadi Mujtahid, smoga emosi ustaz bertempat... tak mcm sy.
Tq ustaz.

Mohd Zulhilmi Bin Azelan said...

jgn cmni ustz..kami yg baru nk kenal tarbiah ni bleh keliru dgn jamaah2 dlm Islam yg pelbagai ni..rasanya kami ada hak utk memilih perahu mana yg kami nk naik utk smpai ke destinasi cintaNya..PAS ke..JIM ke..ISMA ke..Tabligh ke..smuanya matlamatnya sama..medium je berbeza..lg bagus klau kita pikirkan cmna nk hidupkan kembali suasana Islam tu di dunia ini drpd pening kepala pikir2 bnda2 ni..berlapang dada la ustz..doakan kita sama2 dpt memasuki jannahNya nant..

Colgate said...

Sekadar pandangan...

kepada dr pencinta Maha Pencipta..

maksud 'sokong pas' bukannya sat join prog pas sat join prog lain. maksudnya bantu pas utk kebaikan bersama..cth klo dlm pilihanraya tlg kempen. pastu undi pas. akan tetapi masih lg berbaiah dgn jemaah masing2.

kemudian pandangan sy kpd Ust Hairul Nizam...

mengenai taadud jamaah;
analogi yg ust berikan (binaan rumah) hanya sekadar pendekatan utk menyampaikan maksud supaya mudah difahami, x blh jd sbg hujah. makanya sy juga ada sebuah analogi,
"Kalau rumah A org x suka masuk sebab ciri2nya yg x sesuai citarasa mereka makanya x perlu renovate rumah tu supaya bersesuaian dgn citarasa semua rakyat malaysia kerana ini mustahil utk menyediakan sebuah rumah yg memenuhi citarasa masyarakat malaysia yg pelbagai kaum dan aliran fahaman. makanya eloklah dibina rumah yg lain sebagai pelengkap menjadi tmpt perlindungan bg semua masyarakat malaysia."
byk lg analogi lain yg ana nak bagi tp takut x larat baca.

tidak slh jika Ust nak mengatakan PASlah yg terbaik, tp masalah jika ust nak menafikan yg lain dan mengumpamakan mereka dgn 'masjid dhirar'(jemaah lain dibina atas dasar kemegahan ke? aneh...). semoga ust dpt contohi IKHWAN MUSLIMIN dlm berhadapan dgn kepelbagaian jemaah sblm dan slps penubuhannya.

sebuah analogi lain..
"sebuah pasaraya Giant yg hebat dan terkenal rasa terancam dgn penubuhan pasaraya kecil. makanya Giant berhasrat utk menghapuskan pasaraya kecil itu" fikir2kan...

(soalan: PMRAM wujud selepas IKHWAN ditubuhkan. so PMRAM x taadud ke?? ataupun Ikhwan sndiri taadud kerana sblmnya terdapat jemaah lain. minta ust beri konsep 'taadud jamaah' dgn jelas)

mengenai PAS dan relevannya:

ana x menafikan perjuangan PAS bahkan PAS perlu wujud utk menangani kerajaan yg zalim.

eloklah apbl kita kaji psl freemason atau zionist. musuh kita bukan umno tp penyembah2 iblis yg berpusat di israel. mereka mengawal segala masalah yg berlaku di dunia (kononnya nak melawan tuhan). jika anda kata UMNO adalah musuh ISlam, maka sy kata UMNO tu org tgh je, sebab kita ada musuh yg lebih besar dan utama.

sy setuju dgn kata "jika pas menang x semstinya Islam menang". kemenangan PR pd PRU lepas menunjukkan rakyat menyokong PR atas dasar menjaga perut masing2 bukan atas dasar inginkan Islam tertegak. buktinya..

1)pas mudah diterima rakyat apabila melaungkan 'negara kebajikan' berbanding pilihan raya sebelumnya. tp apbl sebut hudud, rakyat menolak pas.

2)pkr mudah diterima rakyat apbl menggunakan propaganda 'harga minyak'

bermakna rakyat malaysia masih belum bersedia menerima Islam tertegak di malaysia.

jadi apa kaitannya dgn freemason atau zionis?? bygkan jika mereka ganggu malaysia selepas pas menguasai kerajaan.. adakah pas mampu berhadapan dgn musuh yg lebih besar. adakah rakyat mampu terima pas lg stlh kerajaan dikenakan sekatan ekonomi atau ancaman keselamatan negara. (klo US nak serang malaysia, hantar singapore je malaysia hancur). adakah rakyat malaysia sanggup tahan lapar demi melihat islam tertegak??

ambil pengajaran apa yg berlaku pada politik di turkey. setelah Welfare Party (Refah Partisi sebuah parti islam) berjaya mengambil alih kerajaan pada thn 1996, dlm masa setahun 2 hari, telah digulingkan oleh kuasa tentera turkey hanya sebab mereka ingin menegakkan syariat Islam.

kesimpulannya: Daulah Islam xkan tertegak dgn cara politik atau undi mengundi semata2. sementara tarbiah perlu diutamakan supaya dpt melahirkan rakyat sanggup berkorban demi Islam walaupun perut semakin kosong sepertimana yg berlaku pada rakyat palestine yg terus menyokong hamas walaupun mereka akan diseksa jika berbuat demikian.

BroIkhwan said...

stuju dengan akhi colgate.....apa-apapun, semuanya kembali kpd masalah HATI dan masalah niat,yang semuanya bersangkut paut dengan IMAN kita, permasalahan IMAN, check balik tarbiah kita, berjalan atau x? kita bukan xboleh bersatu, kalu niat kita ikhlas, tapi contoh-contoh yang menjarakkan lagi perbezaan antara kita ialah apa yang dibawa oleh artikel ini dan seluruh slogan-slogan yang lain......ana cukup suka dengan kata Ustaz Mustafa Masyur dalm bukunya Kesatuan Amal Islami dalm Sesebuah Negara, dia menulis bahawa asas kepada penyatuan ialah kasih-sayang, dan sikap IM(Ikhwan Muslimeen) sendiri terhadap jemaah-jemaah lain ialah persaudaraan dan kasih-sayang, sebab itulah kunci penyatuan, bukan boikot, menafikan yang lain,benci yang lain sehingga menampilkan bahawa kita seperti orang-orang yang tiada sahsiah, yang tak lalui proses tarbiah....bagaimana mereka, Ikhwan Muslimeen boleh bersikap sebegitu? xlain xbkn, sbb lahir dari tarbiah yang sebenar, gerakan dakwah akan terus maju dengan tarbiah, bak kata ikhwah PKS.....kadang-kadang kita gencar kata kita lalui tarbiah, tapi hakikatnya tarbiah kita bukan seperti yang IM faham, bagi ana, itulah punca utama sikap kita begitu, sahsiah kita....