Saturday, April 18, 2009

Walhamdulillah

Saya baru sahaja menatap kenyataan rasmi dari pihak ISMA-Mesir dalam web rasmi persatuan ini. Syukur kerana ISMA-Mesir menyatakan pendirian ketidaksetujuan mereka atas persembahan tarian tersebut. Sekurang-kurangnya kita dapat bersatu dalam membasmi segala budaya negatif yang dipaparkan kepada kita di Mesir ini. Syukur kepada Allah yang menjadikan perkara-perkara maksiat adalah asing dan janggal dalam komuniti masyarakat pelajar Malaysia di Mesir. Walhamdulillah.

Begitu juga dengan saudara saya yang saya anggap seperti adik saya sendiri, saudara Asri Jaafar yang juga turut memohon maaf atas insiden tersebut. Sempat juga saudara Asri bermesej dengan saya:

"kami pon xtau yang die nak antar tarian wanita... tup2 dah sampai depan padang waili.mcm taun lepas dia antar muzik je...kiteorng dah wat gak surat yang ada batasan kepda segala persembahan yang nak dibuat.... maaf kan saya....pengarah program: asri bin jaafar".

Walhamdulillah. Kita sepakat untuk memastikan segala percanggahan Syarak tidak berlaku di Mesir ini.

Saya tidak bercadang untuk menjawab beberapa perkara yang tertera dalam kenyataan rasmi tersebut yang berkaitan dengan saya. Saya hanya inginkan kejujuran dan rasa tanggungjawab seluruh persatuan yang terlibat dalam festival lalu atas insiden yang berlaku. Alhamdulillah kita sama-sama tidak merestui maksiat yang berlaku. Isu ini isu besar yang mencalarkan kredibiliti mahasiswa Islam. Kita tidak mahu ada mahasiswa yang akhirnya akan merasakan bahawa isu ini adalah isu kecil.

Habis isu joget.

Saya memang tidak bersetuju dengan ISMA, JIM, ALAMI, ABIM dan mana-mana sahaja jemaah-jemaah Islam di Malaysia sedangkan PAS sudah ada. UMNO lagilah saya tidak bersetuju dan kita semua boleh bersetuju bahawa UMNO bukanlah jemaah Islam.

Jemaah-jemaah Islam ini adalah jemaah baru yang muncul sedangkan PAS sudah berjuang aktif dalam menegakkan Syariat Allah di Malaysia. Kalian menyatakan kalian inginkan khilafah sedangkan kalian tidak menjadi pendokong dan kaki tangan kepada PAS. Kalian menubuhkan satu demi satu demi satu demi satu jemaah-jemaah Islam dan melupakan untuk duduk bertanya pertolongan yang diperlukan oleh PAS daripada kalian.

Saya tidak menafikan bahawa usaha dakwah yang kalian laksanakan akan mendapat ganjaran di sisi Allah sekiranya kalian ikhlas. Itu bukan perselisihan kita. Sesiapa sahaja yang melakukan sesuatu tindakan untuk menyampaikan mesej Islam, dia bakal beroleh pahala daripada Allah Insyaallah.

Namun yang saya lihat adalah pembaziran tenaga dalam menggagahkan dakwah Islam di Malaysia. Saya sering terdengar orang mengatakan PAS tidak kuat tarbiah dan hanya mementingkan politik. Lalu jemaah-jemaah itu menyatakan bahawa slogan mereka adalah tarbiah. Kalian seakan beranggapan bahawa kita hanya perlu mengutamakan tarbiah dengan alasan masyarakat Malaysia sekiranya masyarakat yang ditarbiah, mereka akan memilih untuk mendaulatkan pemerintahan Islam di Malaysia. Wah. Adakah Solahuddin Al-Ayubi hanya berjihad membebaskan Masjid al-Aqsa setelah mana semua umat Islam ketika itu telah selesai tarbiahnya? Mengapa tidak seiring antara siasah dan tarbiah? Agak-agaknya berapa lama masa yang kita perlukan untuk memastikan masyarakat Malaysia seluruhnya akan kuat tarbiahnya dan akan mendaulatkan Islam?

Adakah anda ingin mendakwa bahawa perjuangan PAS selama ini adalah perjuangan yang silap dan perlu untuk ditukar kepada satu perjuangan baru?

Sekiranya PAS bagi anda adalah satu perjuangan yang relevan di Malaysia dalam perjuangan tarbiah dan siasah, maka adakah cukup dengan sekadar pengakuan ini seterusnya membiarkan PAS terkontang-kanting bergerak sendirian sedangkan anda hanyalah penyokong dan bukannya pendokong.

Sekiranya anda berpandangan pula bahawa PAS adalah tidak wajar di Malaysia, maka apakah cara yang paling sesuai untuk mendaulatkan pemerintahan Islam di Malaysia? Adakah secara realitinya cukup dengan misi mentarbiah dan mentarbiah tanpa bergelendangan dalam gelanggang siasah?

Ke mana hala tuju tarbiah anda? Ke arah menyucikan jiwa semata-mata tanpa terjun dan mewaqafkan diri untuk menerima tentangan dan ujian dalam melawan arus nasionalisme di Malaysia?

Saya sering melihat kelompongan dalam aktiviti dakwah di bawah PAS. Pimpinan-pimpinan PAS tidak cukup penumpuan disebabkan tugasan yang berjela-jela. Kenapa saudara-saudara di dalam ALAMI, JIM, ABIM dan mana-mana jemaah yang mengatakan mereka ingin mendaulatkan Islam di Malaysia tidak mengisi kekosongan ini dan memberikan komitmen yang padu dalam memperindahkan perjuangan Islam dalam wadah siasah ini. Yang berlaku adalah pembaziran tenaga yang disalurkan kepada macam-macam jemaah Islam yang mendakwa mereka ada cara tersendiri dalam menegakkan Islam di Malaysia.

Apapun, sekalipun saya tidak bersetuju dengan jemaah-jemaah tersebut, ini tidaklah membawa kepada kebencian sesama muslim. Sekiranya antara muslim dan non muslim ada haknya untuk tidak dizalimi, dihina dan dicaci, maka lebih-lebih lagi antara sesama muslim. Hak sesama muslim wajib dijaga sekalipun berbeza fikrah dan ideologi.

Entahlah. Apa pula agaknya jemaah yang akan lahir seterusnya yang akan turut menyatakan bahawa mereka ada cara dan metod tersendiri untuk menegakkan Islam di Malaysia. Banyakkanlah jemaah agar tenaga yang ada dapat dibazirkan. Saya nak bilang berapa jemaah yang bakal lahir seterusnya.

Salam ukhuwwah dari:

Anak Minang suku Piliang dan Jambak Auih.

11 comments:

Fatimah Z Rosli said...
This comment has been removed by the author.
y.mercury said...

petikan dari chatbox:

Hairul: Apa kekurangan PAS sampai jemaah-jemaah lain kena wujud

---

menarik soalan ust ni. kenapa tak nak ikut PAS? adakah kerana jamaah2 lain telah memesong dari jamaah yg asal?


terfikir pulak saya soalan yg lebih kurang. apa kekurangan akidah para salaf sampai wujud akidah2 khalaf. adakah kerana para khalaf telah memesong daripada akidah yg asal?

beza antara persoalan pertama dan kedua: keluasan ruang ijtihad digunakan utk bab2 politik, tetapi keluasan yg sama tidak ada dlm bab2 akidah.

ini bukan cubaan mem'back up'. saya bukan ahli ISMA, JIM mahupun UMNO.

tarbiyyah itu penting, tasfiyyah itu juga penting.

tahniah atas keprihatinan PMRAM dlm bab joget.

wallahu a'lam.

Bohemian Virtuoso. said...

hahaha.

Sempat lg tu sir.

Ok, post ni lg ok dr yg sebelumnya.

Semoga ustaz bjaya jd mujtahid yg dpt berbakti utk sume umat islam dan sume umat manusia x kesah jemaah ape pon.. even Umno pun nk ikut ckp Ustaz.

Ustaz bleh pilih ustaz nak jd "ustaz2 yg bersepah" kt ceramah PAS or ckpnye didengari sume org dan diikuti.

Ameen.

Hairul Nizam Mat Husain said...

Yasir..huhu..Anda bukan isu balik

thaaqhib said...

beri laluan sebentar utk ust hairul berehat. beliau perlu habiskan bahas sesegera mungkin. Untuk isu ini, masing2 dah buat yg terbaik. ada alasan masing2. sama2 lah serahkan pada allah.

hamba said...

Salam..

Alhamdulillah isu ni akhirnya kendur juga...di malaysia pun terkejut juga tp masih di peringkat awal...

al-qedahi.blogspot.com

Anonymous said...

salam...
mungkin mereka hanya ingin menjadi pendokong islam dan bukannya pendokong PAS sahaja....wallahu'alam

y.mercury said...

saya rasa isu kita tak tutup lagi. saya harap ust tak berhenti sekerat jalan.

ice-artsdesigns said...

salam wbt.salam ana dari jakarta,pendapat ana..tidak mengikuti jemaah PAS tidak bermakna tidak ikut jemaah ISLAM..kepelbagaian dalam uslub berdakwah ini sebenarnya mampu mengumpulkan lebih ramai generasi muda yang kenal ISLAM,dekat dgn ISLAM,dan sedar tgjwb..apabila KESEDARAN tu dah ada,insyaALLAH tidak kira dalam jemaah mana pun PEMUDA2 Islam ini berada ,pasti mereka akan memilih pemimpin Islam yg mempunyai ciri yg disebutkan dlm alQuran.sebagaimana yg jelasnya PASlah yg bergerak nyata dlm politik dan membawa misi daulah Islamiyah.InsyaALLAH kita semua akan bersatu di bwh satu panji Islam.Ana sendiri di Jakarta mengikuti slh satu jemaah2 yg disebutkan ustaz itu,namun tidak pernah wujud duat2 yg nak menyampaikan msg2 dari jemaaH PAS sbgaimana di Mesir.wallahualam.

hajar_sabyah said...

(suatu fikrah yg perlu diperbetulkan)

mengapa perlunya jemaah lain sdgkan PAS ada?

Islam takjumud.
tk semua org selesa dgn cara/fikrah yg dibawa PAS.
yang penting kita sama2 bekerja menegkkan Islam.
byknya jemaah lain bukan satu pembaziran tenaga malah meringankan kerja dakwah.
jgn marah jika sy katakanskrg ni,anak2 muda mcm sy lebih selesa dgn cr/fikrah yg dibawa ISMA JIM bbandng PAS.
dan mngkin ada yg xselesa dgn PAS ISMA JIM so dia ikut jemaah yg dirasakan selesa utk bekerja.yg penting dia bekerja utk ISlam.
kita tak boleh mengatakan yg jemaah kita shj yg betul,so semua kena ikut jemaah kita.
saya sendiri tak pernah diajar begitu(tk taula kalau dlm PAS diajar begitu).
apa yg diajar kpd saya ialah:yg penting kita menjadi org yg bekerja dan berusaha menegakkah Islam,tak kira mna jemaah pn yg diikut.
dan jgn kerana terlalu ikut jemaah2,niat kita bekerja krn Allah terpesong.lillahi ta'ala bukan liljamaah.
insyaAllah bila masanya sampi,semua jemaah2 ni akan bergabung dan bersatu dibwh jemaah islam yg besar.
yg penting,BUKAN PEMBAZIRAN TENAGA jika org tu bekerja sama2 utk ISlam.
jgn kita pertikaikan usaha suatu jemaah..jgn sesekali mempertikaikan usaha utk menegakkan Islam.
suatu fikrah yg perlu diperbetulkan.
wallahua'lam
-pndpt dr stdnt medic-

Mohd Eqwan Bin Mohd Roslan said...

Salam ziarah.

"Jika nasionalisme yang dimaksudkan ialah keluarga dan bangsa seseorang itu lebih utama untuk menerima kebaikan dan kebajikannya serta lebih berhak untuk dilimpahkan segala sumbangan dan jihadnya, maka maksud ini adalah benar. Siapakah yang tidak merasakan bahawa orang yang paling utama untuk menerima sumbangannya ialah bangsanya sendiri yang telah membesarkannya?" - Hasan Al-Banna

Manusia akan sentiasa berbeza pendapat, ini satu kenyataan yang tidak boleh dipisahkan. Apa yang kita perlu lakukan ialah berlapang dada. Ini yang saya baca dalam Maza Yakni.

Saya tidak dapat fikir Malaysia tanpa PAS. Memang saya tak tahulah nak cakap macamana, PAS mmg patut & perlu wujud.

Saya juga tidak menyokong anda katakan jemaah lain melambatkan perjuangan Islam di Malaysia. Bagi saya ABIM, JIM, ISMA, KONSIS, HALUAN dll membantu memperjuangkan Islam dalam niche masing-masing. Sudah kita sedia maklum rakyat Malaysia masih banyak lagi jauh daripada Islam. Toksah cakap UMNO yang sudah diketahui tahap mereka, rakyat Malaysia yang tidak berkecimpung atau berminat dengan politik pun masih ramai yang sempurna Islam. Tugas-tugas NGO-NGO ini adalah mendekati mereka. NGO-NGO ini tidak mengajar untuk menjauhi PAS tetapi untuk mendekati Islam, walaupun mereka tidak bercerita tentang Daulah Islamiyyah dan sebagainya di peringkat permulaan.

Saya melihat ini bukanlah sesuatu yang melambatkan perjuangan PAS apatah lagi perjuangan Islam di Malaysia.