Monday, June 13, 2011

Berapa ramai pelajar Azhar yang......

Satu malam tu saya dengar kuliah seorang penceramah yang lebih dikenali dengan panggilan Ustaz Ibrahim Gedebe (kalau tak silap, beliau lulusan daripada Pakistan).. Kuliah beliau di surau saya (Surau Nurul Muttaqin, Gombak Setia) adalah tentang tafsir al-Quran.. Kebetulan beliau tahu saya belajar di Universiti al-Azhar.

Sedang beliau ceramah, beliau sebut pada seluruh para jemaah seraya memandang kepada saya lebih kurangnya berbunyi: "Berapa ramai mahasiswa al-Azhar yang balik dari Mesir tapi tak langsung mahu terlibat membantu PAS".

Saya termanggu sendiri. Memang ramai kawan-kawan dari Mesir yang terlibat dalam PAS secara aktif. Tapi sekiranya nak dibandingkan antara nisbah yang aktif dengan nisbah yang Ghaib, pastinya terlalu banyak mahasiswa Mesir yang Ghaib dan tak sudi nak aktif dengan PAS dengan sejuta satu alasan. Kerja la, itu lah, inilah.

Saya terus termanggu sendiri. lantaklah kalau orang lain tak nak terlibat, pasallah (pinjam ucapan Ustaz Wan Rashidi, SUK DUPP). Saya tetap nak terlibat sepenuh masa dengan PAS.

2 comments:

Edaran Husna (KT 0386368-K) said...

Insyallah, semoga Ustaz Istiqamah dimedan perjuangan. Sehingga keakhir hayat.

Ibnu Ali said...

Macamana sekarang ustaz?