Semalam semasa saya dalam bas dalam perjalanan pulang dari kelas Syeikh Sayyid Syaltut di Jami' al-Azhar ke Hayyu `Asyir, saya terfikir panjang perihal tahanan ISA. Mereka dizalimi, dirampas kebebasan tanpa hak, ditangkap tanpa bicara, disumbat dalam sel-sel tahanan bertahun-tahun lamanya. Hiba. Tapi pemerintah zalim tetap tiada punya perasaan. Hati mereka tetap tegar untuk menzalimi sang hamba.
Tiba-tiba saya disinggahi dengan firman Tuhan dalam Surah Yusuf ayat 33:
maksudnya: Tuhanku. Penjara itu adalah lebih aku cintai dari apa yang mereka mengajakku kepadanya. Dan jika Engkau tidak menjauhkan daripadaku tipu daya mereka, mungkin aku akan cenderung kepada mereka, dan aku menjadi dari orang-orang yang tidak mengamalkan ilmunya".
Nabi Yusuf Alaihissalam. Ya. Baginda juga antara tokoh yang pernah dizalimi dengan akta ISA. Ditangkap tanpa bicara. Disumbat bertahun-tahun lamanya dalam penjara sedangkan yang bersalah adalah Zulaikha.
Namun baginda tabah, sabar dalam menerima ujian tuhan dan akhirnya baginda keluar sebagai orang yang menang dan mulia.
Moga kalam mulia Nabi Yusuf Alaihissalam akan menguatkan semangat kita dalam menerima segala ujian Allah dalam memperjuangkan hak Allah dan nasib hamba rakyat.
Ya. Penjara itu jauh lebih baik berbanding daripada tega dan redha untuk berlutut dan mengampu kerajaan yang zalim yang tidak pernah tahu untuk meletakkan Islam sebagai neraca.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
perkongisan ttg ISA:
http://abuumair1.wordpress.com/2009/07/31/akta-keselamatan-dalam-negeri-isa-menurut-siasah-syariyyah/
ust ada komen?
Saya rasa kalau akhi yang menulis tu kena ISA, dia mungkin akan kata ISA bercanggah dengan Islam
ya, beliau memang dah kata macam tu pada ISA yg diamalkan sekarang.
katanya kat bawah sikit tu:
"Cuma dari sudut perlaksanaan akta ini di negara kita, didapati ia tidak menepati syarat dan etika yang digariskan dalam siasah syar’iyyah."
Post a Comment