Wednesday, October 21, 2009

Hampa. Orang Yang Sepatutnya Datang Tak Datang


Hampa, marah, sedih .... itulah mungkin perasaan kami semua. Program dialog dengan Encik Jamil yang telah mensabotaj program pembacaan Kutub Sittah tak dapat dijalankan malam ini. Beliau tidak mahu hadir dengan alasan sibuk dan macam-macam lagi.

Semua orang marah. Sakit hati dengan sikap encik ini yang tidak mahu bertanggungjawab atas tindakan lantungnya. Saya masih tak dapat melupakan bagaimana para ulama yang telah bersama dalam majlis pembacaan Sahih al-Bukhari baru-baru ini disusahkan. Masih terbayang bagaimana al-Syeikh Muhammad Ibrahim Abdul Ba`ith al-Kattani terpaksa dipapah naik ke tingkat 6 dalam usia tua beliau. Tak dapat lupa lagi bagaimana Syeikh Yusri terpaksa ambil cuti daripada kerja lantaran kerja jahat encik ini sampai waktu dan jadual asal yang diatur terpaksa diubah yang mengakibatkan masa para masyaikh ini terpaksa diubah dan disusun sekali lagi.

Tiba-tiba malam ini tak mahu datang pula.

Kalau kita sudah berani untuk buat jahat, saya kira kita juga sepatutnya berani bersemuka dengan mahasiswa yang benci dengan tindakan jahat kita.

Bagi saya, JPMK mesti DIBOIKOT selagi mana encik Jamil tidak meminta maaf secara terbuka kepada seluruh mahasiswa Malaysia di Mesir. Dia juga mesti menulis surat membersihkan kembali nama PMRAM di pandangan Syeikh Muhammad Sayyid Tantawi.

Kalau tidak, saya menyeru kepada seluruh mahasiswa di Mesir untuk PROTES dan BOIKOT program anjuran JPMK dan Kedutaan. Mereka mesti bertanggungjawab.

Buktikan. BOIKOT KONVO KEDUTAAN sampai En Jamil mohon maaf secara terbuka dan membersihkan nama PMRAM.

9 comments:

haqqani said...

Salam Ust Hairul, ana faham perasaan marah anta terhadap tindakan En. Jamil yg sentiasa berusaha menyusahkan segala aktiviti mulia PMRAMM. Namun, pada hemat ana...bukanlah satu tindakan yg wajar untuk anta kecam peribadi sesiapa jua dalam ruangan yg terbuka ini. Ketinggian peribadi kita sebagai ulama akan dinilai tatkala kita sedang diuji oleh Allah. Ana pohon ribuan kemaafan atas keterlanjuran kata-kata ana.

Hairul Nizam Mat Husain said...

Apabila En jamil telah sanggup memalukan PMRAM, salahkah saya menyatakan kesilapan dia dan mendesak dia memohon maaf dan membersihkan nama PMRAM? Saya tidak membuka aib peribadi dia. Tetapi apabila dia telah melakukan kesilapan secara terang2, maka saya menyatakan kesilapan dia yang terzahir kepada seluruh ahli dan pendokong PMRAM secara terang2.

Imam nawawi sebut, kita boleh mendedahkan kesilapan seseorang apabila dia sendiri tidak menutup aibnya daripada pandangan og ramai.

Hari ini dia terang2 telah hantar surat pada Syeikh al-Azhar, maka dia kena bertanggungjawab atas tindakan jahatnya

Hairul Nizam Mat Husain said...

Dia bukan bersalah kepada saya. Saya ta kisah kalau dia kecam dan sabotaj saya. Tapi kalau program baik seperti ini ingin disabotaj sedemikian rupa, rasanya sekadar desakan untuk dia memohon maaf dan membersihkan kembali nama PMRAM adalah satu tindakan yang wajar

Terima kasih atas pandangan saudara helmi

Abdul Hakim Bin Baharudin said...

Ana setuju jika sedikit pengajaran diberikan kepada JPMK.Bukan atas dasar dendam tetapi peringatan supaya kita tidak diperkotak katikkan sewenang-wenangnya.

adam_tantawi said...

assalamualaikum...saya bersetuju dengan ustaz hairul nizam.tndakkan ini bkan menunjukkan bahawa sikap dendam kita kpda pihak JPMK.tetapi untuk memberi sedikit pengajaran kpda pihak ini spya pada masa akan datang pihak JPMK tdak membuat pekara yang membuat mahasiswa benci.sekali lagi saya mengalu-alukan sahabat-sahabat untuk bersama PMRAM untk memboikot pihak JPMK selagi mana beliau tidak membersihkan nama baik PMRAM..buat PMRAM,saya akan bersama-sama PMRAM walau di mana jua pun selagi PMRAM tdk membatasi hak asasi islam..
(SATU FIKRAH SATU AMALAN)
hidup PMRAM demi memertabatkan ISLAM

hadi_qm said...

teringat akan pepatah melayu.."sudah baling batu sembunyi tangan"

tapi kali ni laen skit, "sudah baling batu,pastu buat2 bz" :)

arulz_adnan said...

salam akh...

semoga usaha sahabat2 di sana sentiasa mendapat bantuan dr Allah dan kita mendapat jalan terbaik untuk penyelesaian..

moga pihak-pihak yg lain juga terus diberikan hidayah supaya sedar kerja2 Islam perlu di sokong bukan di halang..

moga rakyat M'sia di sana dapat terus bersatu, cukuplah tanah air kita dgnn pelbagai mslh..

sedarlah..kita agen penyatuan, kita agen perubahan masa depan..

a'la barakatillah...

PanglimaKhalid.com said...

saya rasa tak molek kita tuduh 'beliau' pengecut atau tak mahu hadir dialog terbuka menjelaskan isu kutub sittah, mungkin memang benar dia sibuk, selagi kita tiada bukti sememangnya dia takde keje penting yang relevan nak buat pada waktu dan ketika itu...dan pengecut nak hadir..

husnuzzhon sesama muslimin masih perlu.

PanglimaKhalid.com said...

pengasingan kenyataan...td tentang dr jamil tak memunculkan diri...ni tentang stand menyebutkan kejahatannya..

saya rasa mauqif ust nizam mungkin yang terbaik buat masa ini, pertahankan pmram sebagai sebuah wadah induk mahasiswa m'sia di mesir. Allahu a'lam.

teringat teguran syeikhuna nuruddin Ali Jumaah yang berbetulan dengan tafsir ayat surah maidah dan dengan niat jahat saya nak membalas kejahatan en.Puat yang memfitnah saya dan menghalau saya dari arma, "jangan membalas kezaliman dengan kezaliman" , cukuplah memulangkan kezaliman yang dibuatnya atau memaafkan dan memaafkan itu yang terbaik. namun itu kezaliman ke atas hak saya sahaja. nabi SAW pun tidak marah jika yang dicerca dan disempitkan adalah hak dirinya, tetapi hak Allah dan hak Nubuwwah barulah nabi SAW marah dan bertindak.