Friday, October 16, 2009

Kronologi Isu Niqab (Purdah) Yang Membabitkan Al-Syeikh Muhammad Sayyid Tantawi


Al-Imam Al-Akbar sering dinista oleh akhbar dan berita. Banyak tindakan dan ucapan beliau dieksploitasi sehingga beliau sering diburukkan. Sebelum ini beliau dituduh dengan tuduhan menghalalkan riba sedangkan perkara tersebut tidak berlaku sama sekali.

Kali ini beliau dituduh pula dengan tuduhan ingin mengharamkan niqab (purdah).

Berikut adalah sedikit kronologi peristiwa yang berkait dengan isu niqab ini.


**************************

1. Isu bermula apabila al-Imam al-Akbar al-Syeikh Muhammad Sayyid Tantawi melawat satu sekolah maahad al-Azhar khas untuk pelajar perempuan (Maahad Fatayat Ahmad Allibi) pada Sabtu bersamaan 4/10/2009. Beliau telah melawat satu kelas lalu melihat ada seorang pelajar perempuan bernama Alak ( آلاء ) memakai purdah. Alak berumur 13 tahun.

2. Al-Syeikh Muhammad Sayyid Tantawi telah meminta pelajar perempuan itu membuka purdah kerana kelas tersebut hanya untuk para pelajar perempuan sahaja. Beliau merasa hairan mengapa pelajar tersebut memakai purdah sedangkan kelas tersebut khusus untuk pelajar perempuan, guru yang mengajar adalah guru perempuan dan bilik kelas adalah tertutup. Alak pada awalnya tidak membuka niqab apabila Al-Syeikh Muhammad Sayyid Tantawi memintanya membuka niqab.

3. Al-Syeikh Muhammad Sayyid Tantawi selepas itu telah menegaskan bahawa beliau tidak akan membenarkan pelajar perempuan memakai purdah di dalam kelas-kelas mereka. Beliau juga menafikan kenyataan media yang menyatakan bahawa beliau bercakap dengan Alak dengan nada suara yang kasar.

4. Majlis Tertinggi Al-Azhar ( المجلس الأعلى للأزهر الشريف ) telah mengadakan mesyuarat tergempar yang dipengerusikan oleh Al-Syeikh Muhammad Sayyid Tantawi pada Khamis lalu bersamaan 8/10/2009 untuk membincangkan isu niqab ini. Majlis telah memutuskan bahawa:

• Para pelajar perempuan dibenarkan untuk memasuki premis al-Azhar al-Syarif secara berniqab. Wanita yang berniqab tidak boleh dihalang daripada memasuki perkarangan al-Azhar al-Syarif

• Para pelajar perempuan dibenarkan memakai niqab apabila ada orang lelaki bersama mereka di dalam premis al-Azhar

• Para pelajar perempuan tidak dibenarkan memakai niqab di dalam bilik-bilik kelas kerana semua pelajar adalah perempuan. Larangan ini berkuatkuasa apabila guru yang mengajar juga adalah perempuan

• Para pelajar perempuan tidak dibenarkan untuk memakai niqab sewaktu peperiksaan berlangsung. Maka para pengawal semasa peperiksaan berlangsung hendaklah di kalangan wanita.

• Majlis Tertinggi al-Azhar bukanlah menghalang wanita daripada memakai niqab dalam kehidupan seharian mereka sebaliknya Majlis tidak bersetuju niqab dipakai pada tempat-tempat yang tidak sepatutnya yang akan memberikan kesan yang negatif pada pemikiran kanak-kanak lebih-lebih lagi pandangan yang mengatakan bahawa wajah wanita wajib untuk ditutup adalah pandangan minoriti fuqaha Islam.

5. Al-Syeikh Muhammad Sayyid Tantawi menegaskan bahawa beliau menghormati wanita yang memakai niqab selagi mana tidak menyakiti orang lain dan tidak membawa kepada masalah keamanan.

Beliau menegaskan bahawa tujuan ketetapan Majlis Tertinggi Al-Azhar tersebut dibuat adalah kerana untuk menjaga kehormatan para pelajar perempuan. Ini kerana berlaku pencerobohan beberapa orang lelaki ke dalam premis al-Azhar yang khusus untuk pelajar perempuan.

Selain itu ketetapan ini juga dibuat demi untuk mengelakkan berlakunya penipuan di dalam peperiksaan. Beliau menegaskan bahawa tahun lepas menyaksikan 12 kes penipuan semasa peperiksaan apabila para pelajar wanita yang berniqab yang terbabit telah meletakkan alat rakaman di sebalik niqab yang dipakai.

Sumber:

1. Surat Khabar al-Liwa’al-Islami bertarikh 15 Oktober 2009, bilangan ke 1447, m/s 1
2. Majalah al-Musowwar bertarikh 14 Oktober 2009, bilangan ke 4436, m/s 15 - 16.
3. http://www.islamonline.net/servlet/Satellite?c=ArticleA_C&cid=1254573447321&pagename=Zone-Arabic-News/NWALayout
4. http://www.islamonline.net/servlet/Satellite?c=ArticleA_C&pagename=Zone-Arabic-News/NWALayout&cid=1254573332008
5. http://www.islamonline.net/servlet/Satellite?c=ArticleA_C&pagename=Zone-Arabic-News/NWALayout&cid=1254573461106&utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=rss

12 comments:

askapa said...

alhamdulillah....ya ini dia kebenarannya...harap semua dapat mengambil istifadah darinya..harap akhbar malaysia juga menterjemahkan semula akhbar mesir kali ini sebagai penjelasan susulan daripada tajuk yang menimbulkan isu pada isu lepas..agar nama ulama indah semula..

Ibnu Ali said...

Assalamualaikum

Ikhwan Muslimin minta Imam Al Akbar Sr Sayyid Tantawi letak jawatan:

Al- Azhar Imam under fire for decision to ban

hanif imran said...

pendapat saya mengenai ikhwan muslimin minta syeikh letak jawatan seperti dlm artikal yg ditunjukkan oleh ibnu ali tidak perlu digembar-gemburkan lagi kerana :

1)pendapat yg dikeluarkan oleh hamdi hassan bknlah mewakili keseluruhan ikhwan muslimin kerana buktinya,cuba baca petikan ini,

"Hamdy Hassan from the Muslim Brotherhood movement parliamentary bloc has angrily voiced his personal opinion telling Agence France-Presse (AFP) on Wednesday, October 7

cube perhatikan, "HAS ANGRILY VOICED HIS PERSONAL OPINION" yg bermaksud 'dgn marah dia menyuarakan pendapat peribadinya'.

jd,pendapat beliau spy syeikh meletak jawatan adalah pendapat beliau seorang sahaja,bkn mewakili seluruh ikhwan muslimin.

2)cuba perhatikan petikan di atas sekali lagi,

"HAS ANGRILY VOICED HIS PERSONAL OPINION TELLING AGENCE FRANCE-PRESSE (AFP) ON WEDNESDAY OCTEBER 7

pendapat yg dikeluarkan oleh hassan hamdi adalah pada 7 oktober manakala mesyuarat tergempar yg d'pengerusikan oleh syeikh muhammad sayyid tantawi pada diadakan pd 8 oktober.

jd,yg mendorong hassan hamdi mengeluarkan kenyataan tersebut mungkin kerana belum ada pencerahan @ jawapan yg sebenar dr al-syeikh muhammad sayyid tantawi sendiri.

ditakdirkan selepas 1 hari kenyataan beliau tersiar,barulah mesyuarat tergempar itu berlangsung & secara automatik,menjawab segala persoalan & kemuskilan yg timbul.

jd,saya rasa isu ikhwan muslimin @ pendapat hamdi hassan(secara peribadi) menyuruh syeikh muhammad sayyid tantawi supaya meletak jawatan tidak perlu ditimbulkan lagi selepas mesyuarat itu berlangsung kerana segala persoalan telah terjawab.

yg tinggalnya hanya,tahu @ tidak akan mesyuarat tergempar yg telah diadakan yg mana menyelesaikan segala isu & persoalan yg berbangkit.

itu pendapat saya.salah silap,harap di betulkan ;)

hanif imran said...

lagipun,mungkin laman sesawang yg menyiarkan ulasan hamdi hassan itu, iaitu www.ikhwanweb.com lambat menerima maklumat ttg mesyuarat tergempar yg tlh diadakan pada 08/10/09 yg mana telah menjawab segala persoalan yg berbangkit.

lihat saja tarikh artikel itu dibuat iaitu pada 09/10/09.

Aphique Lacrymosa said...

kalo media x besarkan maka x nama medialah.tuan guru nik aziz pn sokong tindakan imam tu sbb dia tau kebenaran.kita yg xtau jgn ckp byk.skrg dh tau sebar2 kan lah.trm kasih pd sape yg postkan link nih.

PEMUDA EPAL said...

salam sheikh.. tapi bagaimana dgn gambar2 syeikh tantawi bersalaman dgn bukan muhrim (dgn tuanku najihah contohnya)

mohon penjelasan

al-Balingi said...

Salam tuan,

Tq atas penjelasan, mintak izin copy entry ni..

PEMUDA EPAL said...
This comment has been removed by the author.
PEMUDA EPAL said...

Ini linknya yg menunjukkan syekh tantawi bersalaman dgn bukan mahram..

http://www.pemudaepal.blogspot.com/2009/10/purdah-oh-purdah.html

ternyata ianya salah kan krn dh benda qat'ie

boleh saudara bg penjelasan sedikit...

Anonymous said...

salam,ustaz minta keizinan copy paste entry pasal niqab..harap ia bermanfaat buat diri n masyarakat..syukran

annisaNazifa said...

Salam..

ustaz izin ana untuk copy juga entri ni..

barakalLahufi

Zahrah Az Zahrawi said...

Salamu'alaykum..ustaz,iznkn ana copy mklumat ni..
sebab ana sndri dah slh fhm tntg kronologi yg sbenar..
syukran jaziilan~