Tuesday, October 20, 2009
Mufti Mesir Akan Bersama Dalam Majlis Penutup Pembacaan Kutub Sittah
Alhamdulillah. Majlis berjalan lancar. Syeikh Yusri sendiri gembira sangat dengan program ini. Beliau sebut pada kami "Bila kamu telah mula menghidupkan sunnah pembacaan kutub sittah ini, maka kamu jangan menutupnya".
Beliau sendiri telah berbincang dengan Syeikh Muhammad Ibrahim Abdul Ba`ith al-Husaini dan Syeikh Jamal Faruq untuk meneruskan pembacaan Sahih Bukhari sehingga tamat selepas daripada ini.
Alhamdulillah. Kalau diizinkan Allah, malam ini Fadhilat al-Mufti al-Syeikh Ali Jum`ah sendiri akan bersama dalam majlis penutup pembacaan Sahih al-Bukhari.
Alhamdulillah. Moga PMRAM dirahmati dan dijagai Allah. Moga PMRAM akan terus mara dalam usaha melahirkan generasi ulama masa hadapan.
Satu Fikrah Satu Amal,
Kita PMRAM.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
AlhamduliLlah, tahniah diucapkan kepada mereka yang berjaya mengadakan program terbabit.. Alangkah baiknya jika program seumpama itu dapat diadakan pula di Malaysia secara lebih meluas..
Semoga tuan-tuan sekalian dapat menyediakan pelapis para ulamak untuk menyebarkan Islam yang murni di Malaysia ini.
Harapan dari bumi Malaysia.
UMNO dah ciplak tagline 1 fikrah 1 amal ni. tapi dia tambah lagi dua. 4 rukun perubahan UMNO.
Kita berjaya dakwah UMNO. Harap perubahan UMNO tu kepada Islam.
Tahniah buat PMRAM dengan majlis ini. Kalau tiada ujian, rasanya tak rasa manisnya perjuangan. Luruh air mata melihat gambar2 program kutub 6 di asrama johor. Kalau di ACC dengan keselesaan maybe biasa sahaja ana lihat.
Allah hantar JPMK kat Mesir sebagai ujian kita. Kita terima dengan redha. Mereka halang pun mereka tak dapat apa.
Post a Comment