Monday, October 12, 2009

Pengarah Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah Yang Mengarut


Tak pasal-pasal program Pembacaan Kutub Sittah yang julung-julung kali akan dianjurkan oleh Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir telah cuba digagalkan oleh En Jamil selaku Pengarah JPMK.

Inilah akhlak Islam dan tarbiah sejati. PMRAM berhempas pulas nak anjurkan satu majlis mulia yang akan dimeriahkan dengan kedatangan ulama-ulama besar al-Azhar al-Syarif, tiba-tiba JPMK tak tentu pasal cuba untuk menggagalkan program pembacaan Sohih al-Bukhari tak lama lagi.

Anehkan. Program yang ada joget oleh budak-budak Indonesia boleh didiamkan oleh JPMK seribu bahasa. PMRAM nak anjurkan majlis pembacaan hadith Sohih al-Bukhari nak disabotaj pula.

Harap kawan-kawan semua dapat solat hajat khusus agar Allah merencatkan usaha tak bertamadun ini dan memberkati usaha PMRAM yang ingin menganjurkan Majlis Sama' Ahadith Rasulillah (Majlis Pembacaan Hadith-Hadith Rasulullah).

يا مولانا يا مجيب
من يرجوك لا يخيب
توسلنا بالحبيب
اقض حاجتنا قريب
هذا وقت الحاجات
يا حاضرا لا يغيب

Berita rasmi berkenaan sabotaj tidak bertamadun ini boleh didapati terus di:

http://pmram.org/index.php?option=com_content&view=article&id=694:makluman-majlis-pembacaan-kutub-sittah&catid=6:pengumuman&Itemid=68

atau

http://kutubsittah-pmram.blogspot.com/2009/10/makluman-rasmi-kutub-sittah.html

1 comment:

zul said...

Ya Syeikhul Azhari... (sayakun)
Bila ana baca tulisan anta berkaitan dengan JPMK... ana rasa anta telah menjual maruah anta... sebagai AZHARI. Siapa PMRAM? Siapa ANTA? berakhlaklah bila bermadah...Banyak rahsia dalam isu ini...Anta mungkin tahu tetapi kerana PMRAM... anta telah membuang satu sifat yang mulia dalam diri anta. ADIL. Ana rasa anta tidak ADIL dalam mengulas isu Kutub Sittah. Ajak kawan-kawan anta jumpa dengan Y. Bhg. Prof. Dr. Jamil minta maaf dan berbincang secara anak dan bapa. Jumpa lagi...